Iseng adore
Selasa, 28 Februari 2012
Makam Tuanku Tambusai
Kira-kira pada hujung tahun 2007 hamba sempat pergi ke makam moyang kami iaitu Tuanku Tambusai ataupun dikenali Ungku Fakeh Salleh. secara gambaran kasarnya makam tersebut baru di naik pulih atas dasar mengenang sumbangan pejuang nasional Indonesia...penambahbaikan itu telah pun diselenggarakan oleh kerajaan Indonesia sendiri semasa pemerintahan Megawati.
Jumaat, 24 Februari 2012
Iseng Adore
Satu garisan di hujung
Karya lukisan yang hamba buat mungkin tidak di fahami secara literal..tp cukup untuk memeningkan orang..dan menyebabkan jadi celaru... Jadi untuk rasa hidup yang alami, terbitkan jiwa melalui lakaran. Idea itu perihal illahi..intuisi yang dicurahkan semakin sempit bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran, ataupun yang hak. Akan tetapi menjadi madu bagi bagi yang mencari dan merungkai...biar setajam mana pisau..jika mencari yang benar itu tidak dapat di lepaskan dari jiwa...maka, pisau itu bukanlah pisau yang tajam, sebaliknya suatu benda yang kosong...dan angan-angan, dan apabila yang hakiki itu tersemat di hati, kekalutan lukisan mampu menterjemahkan segala isi dengan satu perkataan sahaja...dan mugkin hanya titik noktah yang menjadi penghulunya ataupun mungkin hanya putih sahaja kembali kepada kertas yang putih..cuma corak-corak itu telah di lakar di hati....mungkin ini tidaklah seperti asyiknya makanan yang telah ditambahkan dengan pelbagai perencah, cuma asasnya adalah untuk menghargai..seenak mana makanan yang telah di hadam akhinrya menemui ke lubang najis juga..akan tetapi jika penghargaan dan kesyukuran yang di hadapkan untuk pemberian makanan itu...ia akan menjadi yang baik-baik jauh ke sanubari dan akan terbenam dalam darah dan daging, setidaknya ia boleh berfungsi sebagai diri.. dan diri ini perlu ada menifestasinya untuk perihalkan diri yang satu. Jadi tidak kuat sekiranya tiada niat untuk mengenali sesuatu yang baik...maka akan jadi lebih kuat untuk mengenali sesuatu ataupun mengenali sesuatu menjadikan diri lebih kuat..perbandingan yang cukup untuk membuatkan manusia mencari jalan masing-masing. Setiap rencana dan perkara ada jalannya...adakah perlu memilih atau jalan itu yang menggerakkan pilihan.....sampai saat adakah kita semuanya sekali dengan pilihan itu adalah menifestasi yang tidak boleh dipisahkan entitinya...
Isnin, 20 Februari 2012
Kalau di filemkan sejarah berkaitan Dr Burhanuddin Al-Helmy. mungkin boleh dibuat melalui pendekatan contoh skrip ini...
FADE IN
EXT-ESTABLISH RUMAH KAYU
INT- DI RUANG TAMU- HAJI
MOHAMMAD NOOR, JEMAAH MASJID- WAKTU SUBUH-AWAL PAGI
Suasana
di dalam sebuah rumah kayu yang amat sederhana, kelihatan tiga orang tua yang lengkap
berpakaian jubah, sedang duduk diam, bertafakur.
SYEIKH AHMAD
Assalamualaikum..
Waalaikumsalam Wbt. (Salam di jawab
beramai-ramai dari dalam rumah)
Close
up di muka seorang lelaki yang berkacukan arab (Haji Mohammad Noor 40-an),
menjawab salam sambil bergegas mendapatkan seorang lelaki tua dari luar.
SYEIKH AHMAD
Bagaimana?
HAJI MOHAMMAD NOOR
Masih belum lagi tok...
SYEIKH AHMAD
Insyaalah selamat...Allah sahaja yang
dapat menolong, yakin pada tuhan..
Masing-masing
sedang menunggu dengan penuh harapan, kelihatan wajah Haji Mohammad Noor yang
penuh dengan kerisauan. Kelihatan mulut Syeikh Ahmad sedang terkumat-kamit.
Uweekkkk...
Masing-masing
memandang sesama sendiri dengan penuh senyuman dan wajah yang sayu bertukar
menjadi riang. Keluar seorang perempuan tua dari dalam kamar dan senyum kepada
Haji Mohammad Noor.
MAK NAB (BIDAN)
Alhamdulillah dah selamat, Lelaki.
Alhamdulillah (ramai-ramai)
Haji
Mohammad menunjukkan reaksi yang sangat teruja dan gembira sambil bersalam
dengan Syeikh Ahmad dan beberapa jemaah yang lain.
SYEIKH AHMAD
Beri lah gelaran pada anak lelaki kamu
yang baik-baik...semoga dia akan menjadi seorang yang berguna untuk agama dan
negara. Seperti mana, kamu di gelar Al Halim, berikan gelaran Al Helmi kepada
anaknya.
HAJI MOHAMMAD NOOR
Insyaalah tok...
Ease
out secara perlahan-lahan dari luar rumah (iringan muzik)
CUT
TO
EXT- WAKTU SUBUH-PAGI
ESTABALISH LANGIT YANG
MULAI TERBIT MATAHARI PAGI (BUNYIAN AZAN SUBUH YANG SAYUP MEMECAH KEHENINGAN
PAGI)
Bunyian
burung yang sedang berkicau dan kelihatan burung-burung tersebut berterbangan
dalam kumpulan.( Long shot)
Sekumpulan
pelajar-pelajar dan ibu bapa sedang berjalan di sepanjang jalan kecil di
kampung tersebut, serta kelihatan beberapa kelibat orang yang menaiki basikal
dan sekumpulan petani sedang berjalan sambil memegang cangkul.
INT-
DI BILIK DARJAH-GURU- MURID-MURID- PAGI (KOTA BAHRU, GOPENG)
Ramai
di kalangan murid mengelilingi seorang budak, sejurus selepas itu kelibat
seorang guru pun muncul dan memandang ke
arah murid-murid yang sedang berkumpul di dalamnya. Seorang murid yang sedar
akan kehadiran Guru Othman memberi amaran kepada rakan-rakannya yang lain.
Sejurus
selepas itu ramai dikalangan murid pun terus bersurai dan guru Othman pun
mengarahkan murid-murid untuk mengeluarkan kerja rumah yang telah di beri.
GURU OTHMAN
Sila letakkan di atas meja kerja rumah
yang saya telah beri semalam. Saya nak semua siap!
ALI
Mi....Mi....perenggan terakhir tak
abis lagi ni..
GURU OTHMAN
Ali! Bagaimana dengan karangan kamu??
Masih tidak siap lagi!
ALI
Er...er...dah cikgu....haa..tapi...
Guru
Othman bergegas ke tempat Ali dan melihat buku tulis sekolah tersebut. Beliau
membelek-belek dan memandang tepat ke arah Ali.
GURU OTHMAN
Ada sesiapa yang masih tak siapkan
karangan Bahasa Melayu yang saya suruh kamu buat semalam?? Baik mengaku! Saya
kira sampai tiga...
kelibat
seorang pelajar mengangkat tangan, diikuti dengan pelajar yang lain, diikuti
oleh Ali. Kemudian pelajar seterusnya. Terdapat lebih 10 orang murid daripada
20 pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah di beri.
Guru
Othman memandang bilangan pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah dengan
wajah yang menahan kesabaran, lantas dia meninggikan suaranya sekali lagi
dengan rotan yang digenggam erat..
GURU OTHMAN
Lagi!!
Terdapat seorang pelajar yang
mengangkat tangan, bilangan yang tadinya hanya sepuluh telah bertukar menjadi
sebelas.
Sekalian pelajar memandang ke arah
pelajar tersebut dengan penuh kehairanan
GURU OTHMAN
Helmi...
Guru Othman memandangnya dengan perasaan
geram dan berbaur kehairanan.
CUT TO
EXT-DI LUAR BILIK DARJAH- HELMI,ALI, PELAJAR-PLAJAR- PAGI SAMA
ALI
Kenapa kau
mengaku Helmi, sedangkan kamu dah siap karangan yang cikgu beri tu?
HATA
Iyela
Helmi..kau ni baik hati sangat dan lurus la...
Kesemua pelajar-palajar
lain melihat Helmi dengan penuh rasa malu dan bersalah kerana kesilapan mereka
yang tidak menyiapkan kerja sekolah, secara tidak langsung membabitkan Helmi,
walhal beliau tidak bersalah.
HELMI
Ala...tak
mengapa la....kan kita semua sahabat. Seorang sahabat yang baik adalah seorang
sahabat yang mampu memikul susah payah bersama sahabatnya yang lain.
Kesemua murid-murid yang berada di
luar kelas tersebut senyum sesama mereka mendengar kata-kata Helmi itu tadi.
DISSOLVE TO
INT- DI BILIK, HELMI, RAK BUKU-MALAM
Helmi sedang mengambil sesuatu dari
atas rak buku kepunyaan bapanya, dia dapat mengambil sebuah buku Tauhid
kepunyaan bapanya serta kitab Al-Hikam. Helmi membelek-belek kedua buah buku
dan mengambil keputusan membaca buku Tauhid dahulu. Semasa sedang sibuk membaca
walaupun umurnya masih terlalu baru untuk mengenali berkaitan ilmu ketuhanan,
namun dia amat berminat untuk mempelajarinya, berikutan pengaruh daripada
bapanya yang seorang ahli tarekat yang berbai’ahkan Naqsyabandiah. Sejurus selepas
itu kelihatan Haji Mohammad Noor sedang memasuki bilik tersebut. Helmi
cepat-cepat menyimpan kembali kitab-kitab tersebut, namun bapanya telah perasan
terlebih dahulu.
HAJI
MOHAMMAD NOOR
Helmi..bagi
sini kitab tu! (Nadanya agak sedikit tegas)
Helmi memberi kitab tersebut dan hanya
berdiam diri dan tunduk. Haji Mohammad Noor menunjukkan arah tangan ke luar
supaya Helmi beredar dari bilik tersebut. Helmi beredar dari bilik, Haji
Mohammad Noor hanya melihat sahaja anaknya keluar dan melihat kitab yang di baca
oleh anaknya (shot fokus ke arah tajuk kitab)
CUT TO
DI PELABUHAN-KAPAL- HELMI- SYEIKH MOHAMMAD KHATIB- PAGI
Kelihatan beberapa buah keluarga
sedang menemani ahli keluarga yang ingin berangkat jauh menaiki kapal, di dalam
gerombolan itu Haji Mohammad Noor, isteri serta beberapa orang adik Helmi turut
berada di situ sebagai tanda untuk mengucapkan perpisahan. Helmi yang ditemani
oleh Syeikh Mohammad Khatib iaitu seorang ulama’ dan juga rakan karib bapanya.
Haji Mohammad noor sedang bersalaman dengan Syeikh Mohammad Khatib, diikuti
oleh Helmi yang sedang bersalaman dengan ibunya dan memeluk kedua orang tuanya.
Sepanjang pemergian Helmi ke Batu Sangkar Sumatera untuk meneruskan pengajian,
dia ditemani oleh Syeikh Mohammad Khatib.(iringan lagu slow)
EXT-SAWAH
PADI-HELMI- SYEIKH MOHAMMAD KHATIB-PETANG
Dari jauh kelihatan Syeikh Mohammad
Khatib sedang menunggu Helmi yang baru lepas selesai mengajinya di pondok. POV
Helmi melihat Syeikh Mohammad Khatib yang sedang menunggunya di penghujung
sawah.
INT-
PONDOK PSANTREN-MURID-MURID TAHFIZ-MARHABAN-SELAWAT-MALAM
Helmi sedang menolong Syeikh Mohammad
Noor membentangkan tikar dan menghidangkan makanan kepada jemaah selepas
selesai marhaban, sempena majlis maulidur rasul.
Bersambung......
Ahad, 12 Februari 2012
Langit Jingga di bumi Auliya
Lagit illahi tidak mungkin menemukan kekasihnya...walau di negeri bayu anginya mewangi mekar dengan deras angin yang sangat kasih kepada penghuni alam..ianya tidak memarahi penduduk jagat raya, ia tidak mungkin mencengkam sifat amarah...hanya yang di beri hanya kasih, belasnya sentiasa walaupun di turunkan bala bencana yang tidak mungkin umat lain di dunia boleh berhadapan dengan ketinggian darjat itu..satu cubaan untuk ketinggian darjat...biar bertemu dengan tuhan mu dalam keadaan yang suci, walaupun tidak pernah kaki melangkah baitullah, tidak pernah mencium hajar aswad, namun mereka telah mencium iman, lalu terus mengetuk pintu Allah.. jika langit itu tidak biru, biarlah jingga di langit walaupun terpaksa menemani tanah yang gersang namun tetap tuhan tidak akan membiarkan walaupun nyawa yang sebesar zarah mencari-cari kekasihnya untuk memohon bantuan dan pertolongan. di langit jingga ini tuhan telah merencanakan isi sarwajagat untuk sambil mengingat-mengingati...sentiasa menolong insan yang lain..itulah hikmah langit illahi membuka ruang untuk menempiaskan cubaan...
CERPEN
Setelah ditinggalkan bas………
Di hujung masih lagi ada
kelibat manusia. Jam sudah menunjukkan hampir menjelang 12 tengah malam.
Ironinya keadaan ini menimbulkan ketidaksenangan di hati. Apakan daya untuk
pulang?. Kalau bas terakhir mengikut jadual tamat pada jam 11.45 malam. Di sini
masih lagi menunggu, dengan bertemankan hanya lima orang di setesen bas.
Pelbagai manusia pada jam 12 malam begini, ada yang mencurigakan, ada yang
sesat di tengah-tengah bandar besar di Kuala Lumpur, ada yang masih mengawal
lalu-lintas jalan raya dengan deringan wisel. Lagaknya tidak ubah seperti polis
trafik.
“Kontraktor penyelengaraan persendirian”. Mata ini tiba-tiba
ke arah baju oren yang bertulis ayat tersebut. Nampak macam mencabar kerja
tersebut, orang-orangnya pula melakukan tugas yang amat murni walaupun hanya
mencuci lantai jalan pada waktu malam. Di sini tuhan dapat merungkai kenapa mereka
sanggup berkerja sedemikian.
Walau alam bergolak, bergelintangan menderus kencang
sekalipun, tiada yang upaya di hati melainkan memohon keagungan belasnya untuk
meredakan segala percaturan alam. Sama juga dengan memohon segenap keagungan
belasnya untuk menjadikan hidup ini, dapat diteruskan dengan rezeki yang halal.
Orang yang meniup wisel ini semakin lama semakin jelik mata
ini melihat. Kalaulah di poket memiliki gari serta mempunyai baju calet satu
sekalipun, mungkin kelibat ini dapat hilang dari pandangan mata, apakan daya
tiada kuasa melainkan baju biru gelap bercalet paku yang boleh membawa orang
itu ke penjara besi.
Sudah 30 minit berlalu, hati berdetik kembali, jeliknya. Mohon
didatangi sesiapa sahaja yang boleh mencampakkan lelaki yang meniup wisel ini
ketepi, supaya jauh dari penglihatan mata ini, jika diikutkan hati sudah lama
orang ini terbungkam di tepi jalan raya. Hati berdetik kembali, adakah reaksi
saki baki manusia yang ada di stesen bas ini sama jeliknya?? ataupun hati ini
yang hanya kuasai naluri tersebut? Wiselnya berbunyi nyaring diselang seli
dengan bunyi kereta dan motor yang sedang melalui kawasan tersebut.
Seorang lelaki mat salleh sedang menanyakan sesuatu kepada
warga di stesen bas yang tidak berbumbung ini. Seorang lelaki separuh umur menunjukkan
arah jalan ke selatan Pusat Bandar sambil bingkas bangun daripada tempat
duduknya. Lelaki mat salleh tersebut beredar sambil mata memandang ke arah
lelaki yang meniup wisel itu. Sekali pandangan sahaja lalu mat salleh itu
pergi, menunjukkan tiada apa-apa yang disangsikan oleh mat salleh tersebut.
Hati ini masih menyirap, kenapa rasa benci sangat dengan
orang meniup wisel itu? Dia tiada salah apa-apa pun. Mana boleh! dia sering
menggangu ketenteraman awam dengan bunyi yang jelik, memekik, preettttttt
seperti polis trafik yang menjaga lalu lintas pada waktu pagi. Malam sudah
semakin penghujung, bilangan kereta mulai berkurangan, kenyaringan wisel
tersebut memecah keheningan malam yang sepatutnya menjadi tenteram.
Pretttttt….wiselnya berwarna kuning, terdapat kumis sedikit
di atas wisel yang ditiup. Kedutan di pipi nampak sedikit kedut, air peluh
membasahi seluruh kumis dan pipi yang kedut itu tadi. Dia bermundar-mandir
sebanyak dua puluh kali jika dihitung dari tadi, dengan memakai baju kemeja
yang lusuh ditutupi dengan baju “safety first” berwarna kuning yang berkilau
pada waktu malam. Sesekali dilihat seperti salah seorang pekerja kontraktor
penyelenggaraan yang sedang membersihkan sepanjang kawasan kaki lima tadi. Tetapi
baju kontraktor penyelenggaraan tampak jelas berwarna oren. Imbas selama 30
detik, baru terungkai bahawa baju itu adalah baju pekerja kontraktor bangunan.
Di poket baju kemejanya terselit lambang bendera jalur gemilang, seluar yang
dipakai seakan-akan seluar “camel trophy”. Bergaya juga sesekali, dengan poket
di tepi lutut. Pasti tiada mempunyai kasut. Namun, tidak disangka-sangka bukan
kecil yang dimilkinya, tetapi kasut ‘but’ pasar menjadi wadah untuk
melengkapkan pakaiannya, silau warnanya sama seperti baju “safety first” tadi.
Renung sejenak 30 detik. Kenapa pula perlu membawa si gila
yang berwisel ini ke penjara besi? dia tidak mempunyai salah apa-apa pun. Hanya
meniup wisel dan berlagak seperti seorang polis trafik. Tiada satu hukuman pun
yang jelas terhadap kesalahannya, lagipun, sedia maklum dan jelas menunjukkan
dia memiliki ciri-ciri seorang pesakit mental. Tiba-tiba kaki ini sedang sakit
dan lenguh setelah satu jam menunggu bas yang tidak kunjung tiba dengan hanya
menggunakan dua alas kaki sebagai
sokongan. Penantian semakin pahit setelah hampir satu jam menuggu, dari jam 11
malam tadi sehinggalah menjengah waktu ketibaan pagi yang muda pada jam 12
tengah malam. Di sini, nama sahaja stesen bas di tengah-tengah Bandar Kota
Metropolitan, namun begitu kawasan ini merupakan kawasan golongan pertengahan,
hanya sepanjang deretan kedai lama tinggalan penjajah inggeris yang menjadi
tunjang stesen bas ini wujud. Hanya bertemankan deretan kaki lima sebagai
tempat duduk apabila menunggu bas, sudah cukup untuk menghampa dan melenguhkan
sesiapa sahaja yang bertandang ke situ.
Berhadapan
stesen bas tersebut, terdapat kedai serbaneka yang buka selama 24 jam. Jika
dari kawasan stesen bas tersebut, seseorang mengeluarkan sepelaung suara, maka
dapat didengar dengan jelas. Kesemua orang di stesen bas mulai mengeluh, ada
yang tidak senang duduk, tidak kurang juga ada yang bermudar-mandir. Kesemua
menunjukkan reaksi yang sama iaitu melihat jam. Memang satu suasana yang amat
genting sekali, resah, gelisah, memikir tentang keluarga di rumah, lapar,
dahaga, berkecamuk, tekanan serta yang paling membara ialah kemarahan terhadap
bas yang belum datang.
Berfikir
sejenak kurang daripada 30 saat, diri ini mengambil keputusan untuk beredar
sejenak dari kawasan itu, untuk singgah di kedai serbaneka, kerana perut telah
mulai perit dan tekak sudah mulai kering. Ketika ini fikiran melayang mengingatkan
Oblong burger, sosej dan air coca cola. Terdapat beberapa remaja serta beberapa
biji motor di luar kedai serbaneka tersebut. Mata ini bertaut seketika terhadap
motor yang di luar kedai serbaneka itu. Amat bergunanya jika dalam saat-saat
begini. Hati terdetik seketika. Seperti biasa air minuman coca cola, satu botol
air mineral bersaiz kecil, serta beberapa bungkus roti krim berperisa
strawberry menjadi taruhan untuk mengalas perut. Mata terlihat ke arah
senaskhah surat khabar bertulisan inggeris di dalam kedai tersebut yang
bertulis “Earthquakes and Tsunamis Devastate Japan”. Terdapat sebuah negara
maju yang bergolak disebabkan alam tidak mampu untuk menahan kekuatannya lagi.
Maka hilanglah kekuatan alam itu. Di sini hanya doa yang mampu untuk
kesejahteraan seluruh umat. Merenung sejenak selama 30 saat, sangat beruntung di
sini dan ketika ini, sementara umat di Negara Jepun sedang bertarung nyawa.
Namun diingatkan juga, tiada yang mustahil untuk tsunami melanda negara ini
atas kekuasaannya.
Ponnn….
Ponnn......gerghhhhhh….. Hati tersentak seketika, kali ini renungan menjadi
kurang daripada satu saat. Bergegas terus meninggalkan suratkhabar dan terus
keluar dari kedai serbaneka tersebut. Kaki yang masih belum reda lenguhnya,
sedang digunakan sepantas kilat untuk mengejar bas yang sedang berada di
hadapan tiga buah bas yang lain yang telah sampai. Namun lelah berlari itu
akhirnya tersimpul dengan kehampaan yang amat menusuk kalbu. Bas yang
sepatutnya membawanya pulang telahpun beredar dengan pantas. Tiba-tiba, kelibat
lima orang manusia di stesen itu tadi telah hilang dibawa oleh bas
masing-masing. Tiga bas yang bersusun dari belakang hanya dinaiki oleh dua
orang penumpang manakala selebihnya menaiki bas yang baru beredar tadi.
Perasaan hairan menyelubungi jiwa terhadap bas yang agak lewat datang bukan
seperti hari-hari biasa sebelumnya.
Lenguhan yang
panjang. Kaki tidak mampu bergerak pantas. Hanya mata yang meliar melihat
kelibat bas yang bakal datang. Tiga bas yang dibelakang itu tiada satu pun yang
melalui ke kawasan rumah. Dalam pada kerisauan di hati terselit jiwa amarah
terhadap si pelik atau si gila itu. Lelaki tua yang berwisel itu sempat lagi
berlagak seperti polis trafik dengan menyuruh semua pemandu bas tersebut meletakkan
kenderaan dengan teratur, supaya tidak menganggu kereta lain yang melalui
kawasan tersebut. Telatahnya ditertawakan oleh pemandu-pemandu bas tersebut.
Jangankan pemandu bas. Orang lain pun akan mentertawakan perilaku lelaki tua
yang pelik itu. Renungan yang biasanya panjang menjadi pendek. Fikiran menjadi
terganggu seketika, hati memikirkan untuk pulang menaiki teksi. Hati
berbalik-balik memikirkan Jika menaiki teksi selepas jam 12 tengah malam
mungkin agak mahal dan perlu membayar cas tambahan. Tambahan pula wang yang di
bawa hanya cukup untuk belanja makan dan menaiki bas.
Kini tiada
sesiapa di stesen bas, hanya bertemankan seorang lelaki pelik yang selalu
meniup wisel aneh dan bodoh itu. Barulah kaki ini di sokong oleh tangga di
deretan bangunan,lama itu sambil badan di sengetkan sedikit untuk menampung dan
bersandar di dinding marmar. Keletihan dapat dihilangkan seketika sementara
mencari idea bagaimana untuk pulang ke rumah. Adakah ingin terus menaiki teksi
dengan baki wang yang tidak mencukupi. Ataupun menelefon sesiapa untuk
menjemput. Kesemua pertanyaan tersebut sedang berlegar difikiran.
Di
tengah-tengah kekusutan mencengkam fikiran, ternampak kelibat beberapa peronda
yang memakai calet paku berpangkat satu. Alangkah meluatnya melihat telatah lelaki
tua berwisel itu menunjukkan isyarat tangan, dan mengarahkan pihak polis itu
supaya berhenti untuk memberi peluang kereta lain jalan, padahal lampu isyarat
masih boleh digunakan. Pihak polis tersebut tidak menghiraukannya, malah mereka
mentertawakan juga sebelum beredar.
Renungan sudah
bertaut kepada keluarga di kampung, mengenangkan nasib yang kurang cantik
coraknya berbanding nasib warga bumi yang lain. Namun itu tidak menjadi
penghalang untuk meneruskan hidup di bumi tuhan ini. Selagi nadi berdenyut,
selagi ada kudrat yang sempurna. Maka itu sudah cukup untuk sentiasa mensyukuri
nikmatnya.
Mata memandang
pada kereta Mercedes Benz C280/C500. Sungguh cantik warna dan bentuknya. Nampak
kelibat lelaki yang sedang keluar dari kereta tersebut. Lelaki itu dalam
lingkungan pertengahan 20an, segak dan macho. Di sebelahnya terdapat seorang
gadis yang sangat cantik berdarah kacukan. Lelaki macho itu sedang membeli
sesuatu di kedai serbaneka tersebut. Tiba-tiba kelihatan kelibat lelaki tua
berwisel itu lagi. Kali ini telatahnya agak lucu dan sesekali membuatkan hati
terasa panas dan menggelegak. Lelaki tua itu menengking supaya memindahkan
kenderaan tersebut ke tempat lain.
Kedengaaran suara dan di
selang seli dengan tiupan wisel.
“Jauh!…jauh!…jauh!…ganggu
nanti!.’ Jauh!….jauh!…jauh!”.
Lelaki macho
itu menolak lelaki tua berwisel itu ketepi. Lelaki tua itu jatuh tersungkur,
lalu segera bingkas bangun. Nampaknya tolakan lelaki macho itu tidak begitu
memberi momentum yang kuat.
Lelaki tua berwisel itu
meneriak kembali,
“get out!…get out!..get
out of here!”. Sambil berjalan terencut-encut sedikit.
Dalam hati ini
tertawa seketika selama 30 detik. Bisikan hati ini mengatakan “padan muka!”
kepada lelaki tua itu. Malah pekerja-pekerja di kedai serbaneka itu pun turut
tertawa seketika. Mata ini melihat kepada reaksi gadis cantik kacukan itu,
nampaknya wajahnya yang sangat cantik pada mulanya bertukar menjadi masam
sambil melihat lelaki tua itu tadi. sungguh hodoh juga reaksi muka wanita
kacukan itu. Manakala lelaki macho itu memaki lelaki tua itu dengan perkataan
“bodoh”, lalu beredar dari kawasan itu.
Kenapa lelaki
tua ini tidak pernah merasa letih?. Manusia lain pun berkerja, ada waktu
rehatnya. Lelaki tua berwisel itu tetap meniup wiselnya. Sambil
bermundar-mundir kembali, kali ini pergerakannya tidaklah sepantas seperti
sebelumya. Kelibat kereta makin dimamah masa. Tinggal hanya beberapa kereta
yang boleh dikira dengan jari. Namun tiada kata putus lagi untuk mencari jalan
bagaimana untuk pulang. Kalau di kampung waktu sebegini sudah pasti mulai
bertatih untuk melelapkan mata. Tiba-tiba mata yang selama ini besar dan bulat
agak kuyu sedikit, mungkin perasaan mengantuk telah mulai datang dan meresap ke
dalam hati. Perasaan ini melawan sifat mengantuk itu dengan sekerasnya. Jari
jemari sudah mula bergerak di atas papan nombor telefon bimbit untuk mencari
nama-nama yang sesuai untuk dihubungi meminta pertolongan. Tiga nombor sahabat
yang telah dikenalpasti manjadi taruhan. Nombor pertama gagal dihubungi,
sejurus beberapa minit kemudian nombor kedua menunjukkan tiada perkhidmatan.
Selang beberapa minit lagi nombor ketiga sama juga keadaanya, gagal dihubungi.
Resah juga di dalam hati, kenapa mereka tiada di saat diri ini memerlukan
pertolongan.
Tiba-tiba
keadaan menjadi tenang rasanya, tidak seperti sebelumnya. Timbul juga persoalan
di hati. Tetapi suasana begini amat baik sekali terutama di malam yang hening
ini, tiada suara enjin kereta, tiada bunyi hon kereta, bus dan suasana hiruk
pikuk kesibukan di kota serta yang paling penting tiada bunyi wisel yang
menjelikkan telinga.
Kedamaian yang
dirasai beberapa detik itu, tersentap seketika. Dilihatnya kiri dan kanan depan
dan belakang serta di celah-celah bangunan lama. Kelibat lelaki berwisel tidak
wujud lagi. Hairan juga, hanya beberapa minit telah pun hilang. Patutlah
telinga ini dari tadi tidak terngiang bunyi wisel itu. Hati masih tidak berpuas
hati ke manakah gerangan perginya orang tua itu. Tiba-tiba kaki ini bergerak
tanpa hala tujuan, namun hati berdetik dengan niat untuk mencari di manakah
orang tua itu. Perasaan risau tiba-tiba menyelubungi. Hati berkata juga
kenapakah perlu dihiraukan orang tua itu sedangkan dari tadi memang meluat diri
ini melihatnya.
Kaki ini terus
berjalan bermundar-mandir seperti gelagat orang tua berwisel itu. Namun tidak
dijumpai kelibat orang tua itu. Pedulikan sahaja orang tua itu, kerana tidak
mendatangkan apa-apa hasil untuk diri. Hati menafikan lagi, dan masih belum
terjawab di manakah gerangan orang tua itu pergi. Pandangan kembali meliar di
sepanjang kawasan bangunan lama, dan di celah-celahnya. Tindakan yang bijak
juga di ambil apabila meninjau ke kawasan bangunan di sepanjang kedai
serbaneka. Hasilnya amat menghampakan. Kelibat yang dimaksudkan tidak juga
ditemui. Ketika ini tiada kelibat manusia walau seorang pun di kawasan itu.
Tambahan pula pada waktu begini. Fikiran yang selama ini yang hanya memikirkan
perjalanan untuk pulang terhenti seketika dan fikiran terhadap orang tua itu
sudah pun mula menguasai seluruh ruang di fikiran.
Kali ini, kaki
melangkah tiada berpengetahuan, tanpa hala tuju, tanpa destinasi, hanya
bergerak mengikut naluri di hati. Pandangan mulai tertumpu di satu sudut yang
agak samar-samar cahaya lampunya, hanya tempias lampu jalan yang mampu untuk
meneranginya. Dilihat beberapa kali di satu sudut di celah-celah bangunan lama
itu terdapat kaki yang melunjur dengan kasut but berwarna kuning. Kelihatan
dari jauh, sememangnya seakan-akan sudah biasa dilihat sebelum ini. Mata makin
menghampiri sudut itu, mata yang dari jauh samar-samar telah pun mulai terang.
Alangkah
terkejut dan terkedu seketika melihat lelaki tua yang berwisel itu terbaring
dan terbungkam di atas simen tanpa alas. Kelihatan mukanya sangat pucat,
wajahnya dibasahi air peluh sehingga ke lehernya. Bajunya juga bermandikan
peluh, sesekali terhidu bau yang kurang menyenangkan. Sambil matanya tertutup,
dia bernafas agak kencang dan bunyi nafasnya seakan-akan penghidap asma.
Tubuhnya terbujur seperti mayat. Melihat nafasnya yang tidak tentu dan terganggu,
sudah cukup menunjukkan bahawa lelaki tua ini mengalami keletihan yang amat
sangat. Tangannya masih lagi mengenggam wisel. Suaranya yang tadi agak kuat
telah pun menjadi sayup ibarat seperti suara warga tua yang terlantar di
hospital. Suaranya memanggil perkataan Joni…Joni…Joni..secara alunan sayup.
Tiba-tiba hati ini secara tidak langsung menghulurkan roti dan lebihan air
mineral yang dibeli tadi kepada lelaki tua itu. Tangan ini secara sendirinya
memegang kepala dan menampung badan orang tua itu untuk bangun serta menuangkan
air mineral ke mulutnya, mata ini melihat telatah orang tua itu meminum, agak
perlahan dan tersekat-sekat sesekali menggigil, terketar-ketar seperti orang
yang demam. Mata ini melihat lagi wajah orang tua itu secara dekat, air peluh
masih belum hilang di wajah, kadangkala orang tua itu mengerang kesakitan.
Tidak sanggup rasanya melihat penderitaan orang tua ini. Seperti dia sedang
menahan kesakitan, sambil tangannya menunjukkan ke arah kakinya. Kali ini
tingkah lakunya seperti orang tua yang nyanyuk dan air matanya mula
berlinangan. Tangan ini sendiri membuka kasutnya, dengan agak perlahan supaya
dia tidak megalami kesakitan. Ternyata urat di kakinya telah tersimpul,
menyebabkan dia mengalami kekejangan. Warna urat di kakinya hampir berwarna
kebiruan, mungkin kesan tersungkur akibat di tolak olah lelaki macho tadi.
Lelaki tua itu
menampung leher ini dengan tangannya. Wisel yang digenggam tadi telah pun
dilepaskan. Dia mulai melelapkan mata dan kali ini nafasnya tidak seperti tadi,
nafasnya berbunyi perlahan seolah-olah dia sedang mengalami ketenangan. Melihat
di kocek bajunya terdapat sebuah gambar lama yang agak buruk dan hampir
terkoyak. Di dalamnya terdapat gambar seorang anak kecil bersama seorang
lelaki. Mungkin lelaki di dalam gambar ini adalah orang tua itu dan anak kecil
itu mungkin Joni yang dimaksudkan
Renungan kembali bertaut selama 30 detik
sambil disisi orang tua itu. Hati berdetik jika tadi perasaan diri ini lain
terhadapnya, namun sekarang sebaliknya. Fikiran mulai merungkai, orang tua ini
tidak salah apa-apa, kenapa dia menjadi begini?. Kenapa tuhan menjadikan semua
ini?. Mungkin tuhan merencanakan pertemuan diri ini dengan dia setelah
ditinggalkan bas pada malam yang sepi ini. Tujuannya untuk sambil memahami, mencari
diri, merenung selama mungkin, dan menyayangi insan yang lain. Atau adakah
sebaliknya. Hikmah mungkin tersembunyi di langit-langit takdir.
Khamis, 14 April 2011


"The song of Sparrow". Dalam rencah kehidupan yang semakin pesat, sampaikan kita terlupa masyarakat yang berada di kalangan feudal. Sememangnya masyarakat bawahan umpama nadi dan corak terhadap sesebuah negara, dan mereka juga merupakan pengasas ke arah kehidupan yang berterusan, kelangsungan hidup, hidup untuk teruskan perjalanan, hidup untuk meneruskan kasih sayang. Inilah kehidupan sejati, kesejagatannya tidak akan membataskan hubungan di antara manusia, sememangnya setiap manusia sama. Ini lah yang perlu disimpan di dalam setiap benak fikiran. percayalah bahawa epistemologi ini serta kosmologi rantaian kehidupan sebegini amat manis sekali. Jika dilihat dari sudut seorang penggawa atau ahli ekonomi ataupun seorang pembawa bencana realpolitik ia pasti dihidu dengan bauan yang sekeras-kerasnya tidak enak, mungkin kacamatanya pun akan melihat najis seperti hero "Slumdog Millionaire", sedangkan hero slumdog tidak merasa apa-apa apabila beliau sendiri terjatuh ke dalam air najis tersebut.
Begitu juga dengan istilah "lagu dari burung pipit" atau "nyayian dari burung pipit" dan yang lebih tepat lagi maha tajuknya "The Song of Sparrow". Sememangnya membuka perasaan dan cetusan yang amat halus mengenai maknanya iaitu lagu tersebut membawa erti rencah serta kehidupan, manakala "Sparrow" atau burung pipit boleh dikategorikan sebagai golongan bawahan. Pelbagai rentak dalam rencah kehidupan sang hamba, mungkin setiap lagunya berbeza-beza mengikut cara hidup masing-masing..cerita in amat menarik untuk menyingkap setiap rencah golongan sang hamba atau bawahan.
Isnin, 28 Mac 2011
Langgan:
Catatan (Atom)





